KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
DALAM PENTAKSIRAN MATEMATIK
PENGENALAN
Kekuatan
dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan kemahiran
yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi
mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan
dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing
menjelang abad ke 21.
Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)
merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses
kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu
mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu
tujuan atau penyelesaian situasi rumit.
No comments:
Post a Comment