POLA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MARZANO BERDASARKAN DIMENSI MENGGUNAKAN PENGETAHUAN BERMAKNA
1Yee Mei Heong, 2Jailani Md Yunos, 3Suzanna Ibrahim @ Sulong,
ABSTRAK
Aspek kemahiran berfikir khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat penting dalam kalangan pelajar. Jika aspek ini dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu pelajar belajar, seterunya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaki kelemahan diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola KBAT Marzano berdasarkan Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (BBV) di Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dimensi ini melibatkan 5 jenis kemahiran iaitu Membuat Keputusan, Menyiasat, Inkuiri Eksperimen, Menyelesaikan Masalah dan Mereka Cipta. Seramai 158 orang pelajar FPTek telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang dimodifikasikan dari Rubrics for Specific Task or Situations Marzano (1993) telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa KBAT Marzano pelajar paling cenderung kepada kemahiran mereka cipta (min = 2.17), diikuti dengan kemahiran inkuiri eksperimen (min = 2.16) dan kemahiran menyiasat (min = 2.01) iaitu pada tahap sederhana. Manakala kemahiran yang paling rendah didapati dalam kalangan pelajar adalah kemahiran membuat keputusan (min = 1.5459), diikuti kemahiran menyelesaikan masalah (min = 1.5934) iaitu berada pada tahap rendah. Berdasarkan ciri-ciri demografi pula, terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kemahiran menyiasat pelajar dengan tahun pengajian (eta = 0.23, p< .05) dan kemahiran mereka cipta dengan tahun pengajian (eta = 0.20, p<.05). Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara status sosioekonomi ke atas kemahiran membuat keputusan.
Keywords: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano, Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna, Pendidikan Teknikal.
Ulasan :
Kemahiran berfikir
dapat meninggikan lagi keupayaan belajar. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan terhadap pelajar Sarjana
Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (BBV) di Fakulti Pendidikan Teknikal
(FPTek), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, didapati bahawa Kemahiran
berfikir aras tinggi dapat dijana melalui pendidikan yang menekankan aspek
kemahiran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan ini adalah
untuk mengenal pasti pola KBAT Marzano pelajar teknikal berdasarkan Dimensi
Menggunakan Pengetahuan Bermakna. Hasil daripada kajian ini, dapatlah
disimpulkan bahawa seorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. Situasi dan
suasana pembelajaran amat mempengaruhi dalam mempengaruhi pola pembelajaran
yang lebih efektif dan berkesan.
ARTIKEL 2
PENGAJARAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI :
KESEDIAAN
GURU MENGENDALIKAN PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Oleh : N.S Rajendran
Ph.D. (Michigan State)
Fakulti Sains Kognitif
Dan Pembangunan Manusia, UPSI
Ulasan
:
Kesediaan
guru dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan komitmen
dan usaha yang berterusan. Seperti yang diketahui umum, seorang pendidik perlu
mempunyai kesediaan dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan sesuatu
pengajaran. Oleh itu, ilmu pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam
menyediakan guru kea rah mendidik para pelajar menyelesaikan masalah melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Mempelbagaikan kemahiran pedagogi semasa pdp
boleh menarik minat pelajar untuk lebih menyesuaikan diri mereka dalam menjawab
soalan aras tinggi. Antaranya, guru boleh menggunakan ICT semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru juga mempengaruhi dalam mengaplikasikan
KBAT dalam pdp mereka. Ini menunjukkan kesediaan guru untuk berubah kearah
pendidikan yang lebih berkualiti. Secara kesimpulannya, guru merupakan pencetus
dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. Oleh itu,
guru perlulah berusaha dalam menjadikan pendidikan negara kita lebih berkualiti
seiring dengan penekanan KBAT dalam pdp.
ARTIKEL 3
PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI MARZANO DALAM PENJANAAN IDEA
Yei Mei Heong
Jailani bin Md Yunos
Widad bt Othman
Razali bin Hassan
Tee Tze Keong
ABSTRAK:
Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui
rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak
pembelajaran harian. Pemikiran aras tinggi sering digunakan di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat
IPT kerana tugasan kerja kursus di IPT adalah berbentuk lebih kompleks dan
mencabar (Kuh, 2001). Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan
akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif (Mohd
& Hassan, 2001). Namun begitu, menurut kajian Yee, et al. (2010) pelajar jarang
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana idea maka pelajar
menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus. Justeru, pelajar
harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya tugasan
kerja kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu,
satu kajian tentang penerapan kemahiran berfikir khususnya aras tinggi melalui
aktiviti pembelajaran untuk menjana idea projek bagi mata pelajaran teknikal
perlu dilaksanakan. Kertas kerja ini hanya mengemukakan idea awal kajian dengan
merujuk kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano berdasarkan Dimensi
Memperluaskan dan Menyempurnakan Pengetahuan (1992) yang merangkumi kemahiran
membanding, mengklasifikasi, induktif dan deduktif dalam penjanaan idea projek
bagi mata pelajaran pendidikan teknikal.
Ulasan:
Dalam
usaha kerajaan untuk mencapai taraf Negara maju menjelang tahun 2020,
masyarakatnya mestilah mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif.
Justeru itu, Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) telah memperkenalkan kurikulum
kursus yang menerapkan unsur kemahiran berfikir melalui pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah. Dalam kertas kerja ini, penulis menyatakan bahawa
pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan motivasi dan daya
pemikiran pelajar serta dapat menjana idea yang kreatif dan kritis. Idea yang
baik dicetuskan daripada kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT). Kemahiran
berfikir aras tinggi merangkumi penyelesaian masalah, menganalisis, menilai dan
sebagainya. Dengan adanya KBAT, maklumat dapat diproses untuk menghasilkan
maklumat baru, seterusnya dapat mencetus idea baru yang lebih kreatif.
Dalam kertas kerja ini juga, penulis
ada membezakan antara berfikir dan kemahiran berfikir. Berfikir adalah suatu
kebolehan semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Penulis juga ada mendefinasikan
maksud kemahiran berfikir yang secara umumnya memberi maksud bahawa kemahiran
berfikir merupakan satu disiplin ilmu
yang boleh dipelajari dan diamalkan sehingga individu itu boleh menjadi individu
yang kurang melakukan kesilapan. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)
yang merupakan komponen dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah
pemikiran yang perlu diterapkan dan diajar disekolah untuk meningkatkan kualiti
pemikiran seseorang.
Penulis menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi Marzano dalam kajian yang akan dijalankan untuk menjanakan
idea. Dimensi Pembelajaran Marzano menurut penulis ialah model pengajaran
berdasarkan apa yang terbaik daripada kajian dan teori tentang pembelajaran.
Dalam Dimensi Pembelajaran Marzano terdapat lima asas dimensi pembelajaran di
mana setiap asas memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi. Lima asas dimensi tersebut ialah :
i.
Sikap dan persepsi
ii.
Memperolehi dan menyepadukan pengetahuan
iii.
Memperluaskan dan menyempurnakan
pengetahuan
iv.
Menggunakan pengetahuan yang bermakna
v.
Tabiat pemikiran
Dalam
kertas kerja ini, penulis membincangkan empat kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) dari Dimensi Memperluaskan dan Menyempurnakan Pengetahuan untuk
memperdalamkan pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari untuk
menganalisis produk sedia ada di pasaran, seterusnya dapat menjana idea projek
mata pelajaran teknikal dengan lebih mudah dan berkesan. Empat kemahiran
berfikir aras tinggi yang akan dibincangkan ialah membanding, mengklasifikasi,
induktif dan deduktif.
Kesimpulannya,
penulis ada menyarankan pelajar terutamanya pelajar aliran teknikal supaya menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi Marzano untuk meningkatkan keupayaan berfikir
bagi penjanaan idea yang dapat menghasilkan sesuatu produk. Kemahiran berfikir
aras tinggi Marzano juga merupakan satu strategi pembelajaran yang baik untuk
mencabar pemikiran pelajar.
ARTIKEL 4
AMALAN BERDAYA FIKIR PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM BILIK
DARJAH
N.S Rajendran
Ph. D.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
PENGENALAN
Pada
umumnya, para pendidik bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran di sekolah
haruslah dibawa ke aras tinggi. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran harus
melebihi aras menhafal supaya ia sampai ke aras tinggi di mana berlaku
pemikiran secara kritis dan kreatif.
Walau
bagaimanapun, ini tidak bermakna kemahiran berfikir aras rendah tidak penting.
Kemahiran berfikir aras rendah juga mempunyai peranan dalam proses pengajaran
danpembelajaran. Perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pendidik ialah
perlu ada usaha yang eksplisit untuk melibatkan pelajar di mana pelajar
memainkan peranan yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
walaupun aktiviti yang dijalankan ialah menghafal. Mengikut Perkins(1992)
pemikiran aras tinggiboleh berlaku di kalangan pelajar jika pelajar memainkan
peranan yang aktif.
Dapatan
kajian, pada umumnya, menunjukkan bahawa proses pengajaran pembelajaran di
bilik darjah masih di aras rendah yang kurang atau tidak menyokong penguasaan
kemahiran berfikir oleh pelajar (Rajendran, 1998: Stenberg & Martin, 1988).
Maka adalah menjadi tanggungjawab semua warga pendidik untuk memastikan wacana
pengajaran pembelajaran di bilik darjah dibawa ke aras yang tinggi. Sehubungan
ini, kertas kerja ini akan menyiasat dan mengemukakan cadangan mewujudkan
amalan berdaya fikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu (BM).
Ulasan:
Penulis membentangkan kertas kerja ini adalah untuk
menyiasat dan mengemukakan cadangan bagi mewujudkan amalan berdaya fikir dalam
pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu. Penulis ada menyatakan bahawa pengajaran
dan pembelajaran di dalan kelas kebanyakannya menggunakan kemahiran berfikir
aras rendah. Justeru itu, penulis mencadangkan supaya kemahiran berfikir aras
tinggi di bawa ke dalam kelas agar pelajar dapat memahami, menterjemah,
menganalisis dan memanipulasikan maklumat. Penulis juga ada menyatakan bahawa
kemahiran berfikir perlu diajar di dalam kelas secara eksplisit. Kebolehan untuk
berfikir merupakan asas kepada semua kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar.
Penulis membincangkan bahawa, kesemua komponen dalam BM termasuk kemahiran
asas, memberi peluang kepada guru untuk menggunakan kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian yang telah
dijalankan mendapati strategi dan teknik yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu dan meningkatkan prestasi pelajar
dalam pecapaian akademik mereka.
Kesimpulannya, penulis menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BM juga perlu mengalami
perubahan yang signifikan supaya dapat memperlihatkan amalan berdaya fikir dan
para pelajar dapat menguasai KBAT.
ARTIKEL
5
KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FAIZAH BINTI OTHMAN
SAEMAH BINTI RAHMAN
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Pada masa kini, kemahiran
berfikir merupakan aspek yang penting untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Hal ini kerana kemahiran berfikir dapat memperkembangkan lagi
potensi setiap individu khususnya pelajar untuk menghasilkan idea-idea
baru.Peranan guru menjadi faktor utama dalam merealisasikan pelajar yang mampu
mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran mereka. Kertas kerja ini
bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana guru-guru
mengaplikasikan KBKK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ini meliputi tiga aspek penting yang
diperlukan oleh seorang guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan
sikap guru. Selain itu, kertas konsep ini membincangkan berkenaan perbezaan
corak kemahiran berfikir dalam bidang sains, bahasa dan teknikal. Ketiga-tiga
bidang ini mempunyai perbezaan corak kemahiran berfikir yang diaplikasikan dan
ia adalah bersesuaian bagi setiap bidang. Memandangkan kemahiran berfikir
penting dalam sistem pendidikan, maka kertas kerja ini ingin mengupas dengan
lebih lanjut aspek-aspek penting tentang pengaplikasian kemahiran berfikir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Perbincangan ini juga
akan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan pengaplikasian kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Ulasan:
Dalam kertas kerja ini, penulis
membincangkan kepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan
untuk mengenalpasti bagaimana guru-guru mengaplikasikan kemahiran berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran berfikir terbahagi kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara
kreatif. Penulis ada menyatakan perbezaan dua-dua kemahiran berfikir tersebut.
Secara umumnya, penulis menyatakan pemikiran secara kritis ialah pemikiran yang
melibatkan proses menilai pengetahuan, dakwaan, kepercayaan atau perbahasan
berdasarkan maklumat atau pemerhatian dan menimbangkan secara menyeluruh bagi
menyokong kesimpulan yang hendak dibuat. Ia digunakan dalam proses membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Manakala
pemikiran secara kreatif pula ialah menjana idea, membuat inferens dan
menghubungkait. Individu yang mempunyai pemikiran kreatif berupaya menggunakan
mindanya untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru,
asli, luar biasa dan bernilai.
Penulis turut membincangkan
kepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dari aspek
ekonomi, politik dan sosial. Bagi sebuah Negara membangun seperti Malaysia,
kemajuan sains dan teknologi amat penting bagi menjadikannya sebuah Negara maju
menjelang tahun 2020. Oleh itu, Negara
memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk memenuhi permintaan pasaran buruh yang
kian meningkat. Untuk melahirkan tenaga buruh mahir memerlukan kemahiran berfikir supaya
peningkatan ekonomi Negara lebih efektif. Selain untuk melahirkan pekerja
mahir, kemahiran berfikir juga diperlukan untuk melahirkan pemimpin yang yang
efektif.
Kesimpulannya, penyebatian kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
penting bagi merealisasikan semua hasrat kerajaan. Namun begitu, penyebatian
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama antara
guru dan pelajar. Penyebatian kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar dan dapat mempelbagaikan gaya pengajaran
guru.
No comments:
Post a Comment